Dapatkan Barangan Keperluan Anda di Dr Zainol Mart Wangsa Melawati
Kedai Dr Zainol Mart Wangsa Melawati dahulunya dikenali sebagai Az-Zain Wangsa Melawati. Kami menjual pelbagai produk keluaran pengusaha Muslim di sini.
Suatu masa dahulu amat payah hendak mencari produk-produk keluaran pengusaha Muslim kan? Maka kita pun ada kalanya tutup sebelah mata dan beli sajalah produk yang ada di pasaraya.
Namun begitu dengan meningkatnya keprihatinan masyarakat terhadap kewajipan memilih produk halal keluaran pengusaha Muslim, maka makin bertambah pengeluar Muslim di luar sana.
Di Dr Zainol Mart Wangsa Melawati, kami menyediakan pelbagai jenis produk keluaran pengusaha Muslim untuk pilihan pelanggan. Ada produk yang didatangkan jauh serata negeri dibawa masuk ke kedai kami.